Wednesday, April 16, 2008

What we did last spring?

Bismillahirrahmaanirrahim

Alhamdulillah setinggi kesyukuran kepada Allah, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW para sahabat radhiallahu an’hum dan ahli keluarga baginda sekalianya.

Cuti musim bunga kali ini memberi kenangan yang indah buat kami disini (Morocco). Selama seminggu lebih kurang kami di Kenitera, wilayah dimana wujudnya ibu pejabat Persatuan Mahasiswa Malaysia di Morocco (PMMM). Berkampung disana bagi melengkapi program yang diatur oleh persatuan. Sebagai seorang ahli kami akan memberi komitmen yang terbaik buat persatuan jika tidak ada halangan insyAllah.

Selama seminggu itu persatuan telah mengatur program yang terbaik bagi mengisi masa lapang kami. Untuk semua pelajar tahun satu program khusus buat mereka, Spring Intelektual Village (SIV). Seterusnya Sukan Malaysia SUKMA diadakan, kemudiannya Muktamar Agung Khas bagi membincangkan usul baru kedalam perlembagaan persatuan.

SUKMA

Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan, merah (my team), ungu, biru, dan hijau. Sepanjang program ini berjalan, saya cuba untuk membawa balik satu nilai yang dapat dikongsi dan diadaptasikan nilai tersebut dalam kehidupan kita, dengan harapan ianya dapat mendekatkan diri kepada Yang Punya Segalanya Allah Azza Wajalla. Kata DIA (world, world juga, akhirat jangan lupa).

Selain dari mengcungkil bakat-bakat mahasiswa sepanjang SUKMA ini, saya melihat betapa pentingnya mereka juga diberikan pendedahan dahulu mengenai setiap peraturan ataupun undang-undang permainan, walau sehebat mana keupayaan dan skill yang di miliki, mereka bisa kecundang dek kerana tidak mengetahui undang-undang permainan, ini satu KERUGIAN.


Seorang penjaga gol yang hebat, mampu menepis setiap rembetan dan tendangan kencang pemain lawan, akan tetapi kecundang oleh kerana tidak mengetahui undang-undang dan dan peraturan sebagai penjaga gol, contohnya, sepakan percuma dari dalam kotak penalty boleh diberi jika mengambil bola dengan tangan dari hantaran santai pemain sendiri. Jika natijah perlawanan adalah KALAH, tidakkah itu MERUGIKAN kita? Bolehkah kita salahkan penjaga gol yang tidak mahu mengambil tahu undang-undang permainan itu?

Kehidupan Dunia

Begitu juga kehidupan kita di dunia ini, undang-undang dan peraturan hidup wajiblah kita mengetahui nya, kita tidak mahu titik nokhtah diri kita ialah NERAKA, natijah ini dapat kita atasi dengan mempelajari undang-undang dan peraturan-peraturan TUAN PUNYA ALAM INI, Allah SWT.

Walau sehebat mana seseorang manusia itu, mampu mencari keuntungan dari sebuah perniagaan sehingga mencapai angka berbillion-billion ringgit, tetapi tidak mengetahui undang-undang dan peraturan Allah SWT, sehingga sanggup menggunakan jalan yang tidak diredhaiNya demi mencapai keuntungan, tidakkah itu MERUGIKAN dirinya? Bersusah payah mencapai cita-cita tapi natijah nya API YANG PANAS MEMBAKAR DIRI, rugikan?

Ini kehidupan kita

Akan tetapi mereka yang mempelajari peraturan hidup seorang hamba kepada TUANYA akan memberi pulangan yang baik buat dirinya, kerana seorang hamba tahu hidupnya didunia adalah BERHUTANG, sepanjang hidupnya hanya untuk melunaskan hutang, hutang seorang hamba didunia tidak boleh dibayar dengan wang ringgit, harta benda mahupun semua benda yang kita sayangi, kerana pada hari ITU tidak ada yang lebih bernilai melainkan AMALAN KITA.

Cukup AMAL BAIK kita, cukuplah kita untuk dimerdekakan pada hari PERHITUNGAN ITU, jika yang dibawa adalah kredit (dosa-dosa), ianya harus dilangsaikan dulu dengan AH LONG disana, AZAB ketika itu berganda-ganda sakitnya dari didunia ini. Jika api yang paling panas didunia ini digunakan untuk menghasilkan minyak gasolin, DISANA beribu-ribu kali ganda, sakitnya kekal, kerana masa itu tidak ada kematian lagi.

Jangan jadi bodoh sombong, tuntutlah ilmu mencari jalan menuju kehidupan abadi, dunia hanyalah sementara, dunia juga hanya tempat kita mencari AMAL untuk membayar hutang KEHIDUPAN INI, kerana kehidupan yang kekal abadi DISANA memerlukan amal yang banyak demi nilai sebuah KEMERDEKAAN DAN KESENANGAN disana nanti.

Bersyukurlah umat Islam, undang-undang dan peraturan semuanya telah dicurahkan Allah SWT melalui pesuruhnya Muhammad SAW, selagi kita berpegang teguh dengan ajaran ini, tidak ada apa yang perlu dirisaukan lagi, BERBAHAGIALAH KITA DISANA insyAllah.

(تركت فيكم أمرين لن تضلوا ما مسكتم بهما كتاب الله وسنة نبيه)

Aku tingglkan kepada kamu dua perkara, yang mana kamu tidak akan sesat sampai bila-bila, selagimana kamu berpegang dengan keduanya, kitab Allah dan sunnah nabiNya

( Hadis no 1594 Kitab Muwatta’ Imam Malik )

Wallahu Ta’ala A’alam

0 Komentar:

Post a Comment

<< Home