Saturday, April 19, 2008

Umar Abdul Aziz Abad Ini?

Lim Guang Eng

Bismillahirrahmaanirrahim

Selepas pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini, perubahan besar jelas berlaku, fenomena di negara kini cukup berbeza, anjakan pemikiran di kalangan rakyat jauh berubah, setinggi kesyukuran ku panjat padaMu Ya Allah Yang Menguasai Hati-hati hambaMu.

Aku tergerak untuk memberi pendapat mengenai ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang, beliau akan memeluk Islam? Sejauh mana kebenaran ini Wallahu Ta’ala A’lam, yang pasti berita beliau ingin menjadikan Umar Abdul Aziz sebagai idola telah tersebar luas di blog-blog dan internet.

Perkara ini tak mustahil berlaku. Mungkin berkat doa orang-orang alim di negara kita, siapa tahukan?! Semasa Rasulullah SAW menyebarkan dakwahnya dulu pun, baginda pernah berdoa memohon kepada Allah SWT supaya memasukkan mereka yang berpengaruh dari kafir Quraisy kedalam Islam. Mungkin orang-orang alim di Malaysia boleh mendoakan Lim Guang Eng ini.

Bila terbaca surah An Nashr…

Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong,

maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat.

(Surah An Nashr : 1-3)

Terus ku tergambar suasana selepas PRU-12 baru-baru ni, bagaimana rakyat mula bangkit menzahirkan hasrat hati mendokong kebenaran dari sirah perjuangan Rasulullah SAW ini dengan mengvote undi mereka kepada Barisan Alternatif. Dan aku cuba menggambarkan jika Lim Guan Eng benar-benar memeluk Islam, pertolongan Allah SWT seperti yang dijanjikan dalam surah An Nashr ini makin hampir insyAllah.

Jika Ketua Menteri ini menzahirkan Islam nya ketika itu, minda masyarakat cina ku rasakan akan lebih terbuka kepada Islam. Teringat pula antara method dakwah yang digunakan Rasulullah SAW iaitu dengan mensasarkan nya kepada pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Jika disoroti kembali bagaimana sejarah kedatangan Islam di Tanah Melayu, sasaran penyebaran Islam ialah kepada sultan-sultan. Apabila sultan Melaka ketika itu memeluk Islam, maka berbondong-bondonglah di kalangan rakyat turut memeluk Islam.

Walau apa pun pandangan dan tanggapan kita, kita serahkan segala urusan ini kepada Yang Maha Mengetahui selepas berusaha, kerana Allah SWT lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua, sebagai hamba, kerja membantu agama Allah SWT tidak akan berhenti, selagi hayat dikandung badan selagi itulah kerja ini menjadi tanggungjawab kita, “ Amal Makruf Nahi Mungkar”.

Buat Lim Guang Eng, kami menyambut baik cita-cita anda ingin mencontohi Umar Abdul Aziz, pemimpin melayu Islam?

Wallahu Ta’ala A’lam

0 Komentar:

Post a Comment

<< Home