Monday, March 17, 2008

Kisah Makcik Membantu Orang Muda

Bismillahirrahmaanirrahim

Selesai kelas jam 10 pagi kami bergegas ke kuliah adab untuk mengambil minhah, kerana jam 12 nanti kami ada hissoh, ramai pelajar-pelajar afrika yang menunggu giliran mengambil duit, terpaksa kami menunggu seketika, sempat juga bertegur sapa dengan kawan-kawan Thailand.

Tunggu bas ke kuliah adab

Kami merancang ke bandar sekejap mencari buku-buku yang ustaz-ustaz dah listkan sebagai rujukan. Bas penuh, kebanyakan nya pelajar di kuliah adab, kami seperti kebiasaanya, berdiri.

Suasana di dalam bas

Satu tempat kosong, Daud mengambil tempat itu, lepas dua tiga kali bas berenti ada satu lagi tempat kosong, Akmal duduk, tak sampai lima minit naik seorang makcik, Akmal memberi makcik tu duduk. Selama saya di Tetouan, memberi tempat duduk di dalam bas kepada orang tua seolah menjadi satu adat orang disini, ianya amat terpuji dan dituntut diamalkan, Rasulullah SAW pernah bersabda :

ليس منا من لم يرحم صغيرنا ويعرف شرف كبيرنا

Bukan daripada kami sesiapa yang tidak mengasihi mereka yang muda dan tidak tidak pandai menghormati yang lebih tua .1

(Hadith Hasan Sahih Riwayat Abu Daud dan Tardmizi)

Bas terus bergerak, berhenti di hadapan Hospital besar Tetouan, naik seorang orang muda, tiba-tiba makcik tu bangun dari tempatnya, memanggil orang muda itu, “Aji gelis hina” pemuda tu menolak, setelah didesak sedikit, orang muda tu akhirnya mengalah , dia mengambil tempat , kami kepelikan, kenapa diberi tempat itu kepadanya, barulah kami faham, makcik tu tahu pemuda tu sebenarnya sakit, amat peka makcik tu pada orang-orang disekeliling nya. Teringat saya pada satu hadith yang selalu kita dengar…

لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه
Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia menyayangi dirinya.2

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Makcik tu bukan sahaja menyayangi dirinya tapi menyayangi juga saudaranya yang lain, yang lebih memerlukan dan berhajat daripadanya, itulah indahnya didikan Islam kepada kita, kita tidak mampu hidup sendirian malah kita amat memerlukan diantara satu sama lain, dan Islam mengajar kita bagaimana muamalat sesama kita.

Umat Islam bukan hanya dituntut mempelajari ilmu sahaja(apatah lagi ilmu agama) tapi perlu mengamalkannya, makcik ini mengamalkan nilai Islam, bukan sahaja natijah yang baik dapat diperolehi untuk dirinya tapi orang lain juga tumpang kesenangan berkat pengamalan Islam yang dilakukan.

Ayuh!! Sahabat sekalian, hidupkan amalan beragama, praktikkan nilai-nilai yang mulia dalam kehidupan kita, kerana natijahnya nanti adalah baik dan mampu melindungi kita semua insyallah.

Wallahu Ta’ala A’lam

Rujukan:

1. Syarah Riadhul Solihin oleh Fadhilatu Sheikh Muhammad Bin Soleh Utheimien.

2. Al Lu’lu’ Wal Marjaan oleh Muhammad Fuad Abdul Baqi

1 Komentar:

Blogger Kalar berkata...

This comment has been removed by a blog administrator.

12:31 AM  

Post a Comment

<< Home